LAKSA KUALE
Assalamualaikum semua! Hari ini saya akan menyenaraikan gerai-gerai laksa yang terdapat di sekitar Kuala Kangsar. Di 'kuale' amat sinonim dengan laksa kuale oleh orang luar. Laksa Kuale berbeza dengan laksa-laksa negeri lain kerana laksa kuale menggunakan laksa tepung, manakala negeri lain menggunakan laksa tepung jenis licin dalam penyediaan laksa.
Laksa yang digunakan di Kuala Kangsar
*Laksa ini hanya terdapat di Kuala Kangsar. Amat sukar untuk anda mendapatkannya di tempat lain
Laksa yang digunakan di negeri lain (di Kuala Kangsar juga)
Pada tahun 2017 memperlihatkan fenomena laksa telur sarang di Kuala Kangsar. Jika sebelum ini, peniaga dan juga isi rumah menggunakan telur rebus dalam penyediaan laksa, tetapi inovasi telah direka oleh seorang peniaga dan ia menular sehingga menjadi kegemaran orang-orang kuale. Laksa telur sarang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembeli.
Laksa telur sarang atau laksa kuale boleh didapati di gerai-gerai berikut :
1. LAKSA BUYUNG CHANDAN PUTRI
*Terletak di tepi jalan bersama kiosk-kisok jualan yang lain, berhadapan Surau Chandan Putri
Gerai ini menggunakan buyung dalam menyediakan kuah laksa
2. LAKSA D'COCONUT
*Terletak berhampiran traffic light Kampung Bendang Panjang
Laksa D'Coconut turut popular dengan air mango dan ais kepal
3. LAKSA WARUNG TELAGA KUALA KANGSAR
*Terletak di Kota Lama Kiri, berhampiran sawah padi yang menyaman
*Dihiasi dengan barang-barang antik
*Sering menjadi tumpuan ramai
Turut popular dengan keropok lekor cheese, ais kepal, mi rebus, dan abc
4. LAKSA LUBUK
Laksa lubuk juga antara laksa kuale yang sedap dan sering menjadi tumpuan.
Terletak di Lubuk Merbau
Sering habis awal
5. LAKSA KARIM
*terletak di lembah
*buka setiap hari
*resepi warisan sejak berdekad
Terkenal dengan cendolnya yang sedap
Setakat itu sahaja dapat saya rumuskan. Banyak lagi sebenarnya gerai-gerai laksa yang lain, tapi tak semua saya pernah pergi lagi akibat masalah pengangkutan. Saya penggemar laksa, saya harap suatu hari nanti saya dapat jadi food hunter untuk laksa-laksa seluruh kuale ;D
JEMPUT DATANG KUALA KANGSAR!!https://bukudiariaidashari.blogspot.com/
Ulasan
Catat Ulasan